SEJARAH ASAL USUL NAMA GUNUNG MAT CHINCANG DAN GUNUNG RAYA(mat raya) Pulau Langkawi adalah antara penempatan manusia yang awal di rantau ini. Nama Pulau Langkawi ada tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, juga terdapat dalam pantun-pantun lama. Oleh kerana pulau ini unik dan popular sejak dahulu lagi, maka beberapa cerita rakyat tentang asal usul telah dicipta. Antaraya adalah cerita asal usul nama tempat di Langkawi. Nama Gunung Raya, Gunung Mat Chincan g, Bukit Sawar, Kuah, Kisap, Belanga Pechah, Ayer Hangat, Tanjung Chincin dan banyak lagi. Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapa...